Latar Belakang

LATAR BELAKANG

Maahad Tahfiz Al Aqsa berdaftar di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan pendaftaran sementara di Bahagian Pendidikan Agama Islam Daerah (PAID), JAIS, Selangor yang telah diluluskan pada 9 Disember 2011.

MTA menyediakan pendidikan hafazan Al Quran bermula daripada peringkat sekolah rendah.

Pendidikan hafazan Al Quran di MTA menggunakan pendekatan interaksi dengan Alam Sekeliling dan kaedah hafazan tersendiri yang sistematik.

Disamping itu, MTA juga menawarkan pengajian Bahasa Arab, Hafalan Hadith, Asas Fekah, Sirah Nabawiyyah serta beberapa subjek asas yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik.

Visi

Melahirkan para huffaz yang bertaqwa, berilmu, berwibawa dan mampu memimpin generasi masa hadapan

Misi

Kearah mendidik dan melatih untuk melahirkan Generasi Al Huffaz yang memimpin dan berwibawa

Objektif

Berikut adalah objektif dan inspirasi Maahad Tahfiz Al Aqsa

Menjadikan

Menjadikan

Maahad Tahfiz Al Aqsa berfungsi sebagai institusi wakaf yang sistematik dan efektif

Melahirkan

Melahirkan

huffaz yang beramal dan menyampaikan Al Quran di dalam kehidupan masyarakat

Melahirkan

Melahirkan

Generasi huffaz di usia muda yang menjadikan Al Quran sebagai asas kemantapan ilmu yang bakal dipelajari

STRUKTUR ORGANISASI

Tenaga dan pengusaha disebalik Maahad Tahfiz Al Aqsa

SEJARAH

Maahad Tahfiz Al Aqsa (MTA) bermula dengan 9 orang pelajar melalui kelas yang dibimbing oleh pengasas kaedan Quranuna, Ustaz Syahid dengan menumpang bilik kelas di Kompleks Haluan Penyayang di Bukit Naga, Shah Alam pada tahun 2008.

Kini MTA mempunyai pelajar seramai 100 orang dan beroperasi di dua buah lot kediaman yang diwakafkan di Jalan Kebun, Seksyen 30 dan di Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam.