
Doa adalah inti Ibadah
Doa adalah inti ibadah, inilah penegasan Rasulullah SAW dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmizi. Bukan sekadar itu, doa adalah gambaran hati yang benar-benar merasai kebesaran dan kagungan Allah SWT. Manusia yang jiwanya merasai kewujudan Allah akan sentiasa berinteraksi dengan Allah SWT. Ia sentiasa bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT.
Ada yang hanya merasakan kehadiran Allah ketika solat lalu ia berdoa seusai solatnya. Dan lebih malang ada yang terputus hubungan dengan Allah lalu menjadikan kehidupannya sebagai medan memburu keinginan NAFSU. bagaimana dengan kita? Apa yang kita harapkan untuk anak-anak yang kita tinggalkan nanti apabila tiba masanya kita dipanggil pulang mengadap Allah SWT.
Tidak cukup jika kita sekadar memberi penjelasan kepada anak-anak kita tentang hakikat kewujudan Allah SWT sedangkan tingkah laku dan sikap hidup kita tidak seperti yang kita gambarkan; Allah hanya muncul ketika solat sahaja tetapi tidak diwaktu-waktu lain.
Saya menjadikan doa sebagai kebiasaan kepada diri dan anak-anak saya. Ketika anak atau saya sendiri kehilangan sesuatu maka saya katakan pada anak saya “Mari kita berdoa supaya Allah permudahkan kita” lalu kami mencari bersama-sama bahkan saya akan ajak semua anak-anak saya ada dirumah itu bersama-sama mencarinya.
“Bahkan saya sering mengaitkan kemakbulan doa dengan amal soleh. Setiapkali ingin naik kenderaan sebelum berdoa saya akan pesan pada anak-anak “Semua tolong jaga diri masing-masing. kalau kita soleh, tak cakap atau buat apa yang Allah marah, tak bergaduh…. insyaAllah Allah perkenankan doa kita. Perjalanan kita akan selamat dan mudah. Kereta kita ni kereta buruk dan dah tua tapi kalau Allah izin, kereta ni akan lebih baik dari kereta baru.

Kadang-kadang Allah tunaikan permintaan kita on the spot, pada ketika itu anak-anak kita dapat menyaksikan betapa doa itu didengari oleh Allah SWT. Pernah satu ketika saya dan anak-anak masuk ke satu jalan kampung yang tak berturap. jalan itu sebenarnya telah ditutup dan sudah lama tidak digunakan. Memang nampak elok tetapi apabila saya lalu sahaj maka tayar kereta saya tenggelam hingga separuh. Makin saya tekan minyak makin dalam tayar kereta saya tenggelam. lalu saya minta anak-anak saya sama-sama berdoa sambil saya cuba gerakkan kereta saya dengan cara kedepan dan mengundur beberapa kali. Ketika itu memang tidak ada sesiapa yang lalu dikawasan itu. setelah berpuluh-puluh kali, akhirnya dengan izin Allah SWT kereta saya itu berjaya keluar dari kawasan tanh lembik itu. Sebaik saja selesai yangpun katakan pada anak-anak “tengok tu, kita berdoa bersungguh-sungguh tentu Allah tunaikan permintaan kita. Kadang-kadang Allah tangguh dulu hingga waktu lain kerana Allah tu Maha Bijaksana tetapi hari Allah tunaikan doa kita ketika kita benar-benar perlukan pertolonganNya. Sekarang mari kita bersyukur dan zikirkan Alhamdulillah untuk kita memuji Allah SWT”.
Peristiwa ini memang memberi kesan pada jiwa anak-anak saya tambahan pula sebelum itu saya telah jelaskan pada mereka yang kereta yang kami naiki tu hampir tenggelam tayarnya dan semua tanah disekitar kawasan itu adalah tanh lembik jadi memang mustahil kami boleh keluar sendiri melainkan dengan izin Allah SWT. Apabila kami berjaya keluar memang nampak pada wajah anak-anak saya rasa kagum, bahkan anak saya yang nombor dua pada ketika itu baru lima tahun melantunkan dari mulutnya ungkapan Alhamdulillah.
Saya juga masih ingat ketika abang saya yang sulung bersama keluarganya datang ke rumah saya di Perlis. Pagi esoknya ketika mereka bersiap-siap nak ke Padang Besar untuk jalan-jalan, anak abang saya mula merungut-rungut kerana kunci keretanya hilang. Sambil merungut dia mula mencari kunci itu dengan dibantu oleh ibunya (kakak ipar saya). Melihat Keadaan itu, anak saya yang berumur 6 tahun, sambil bercekak pinggang (biasalah, kanak-kanak ada style masing-masing) memarahi sepupunya yang hampir 20 tahun itu “Awat dok marah-marah ni, doalah kat Allah”. Anak saya pun sambil bantu mencari terus mengulang-ulang kalimah ‘La haula wala quwwata illah billahil Aliyyul ‘Azim’ dan Allah takdirkan terus saja kunci itu ditemui. Sambil memagang kunci dan menyerahkan pada abang sepupunya dia berkata “Lain kali jangan dok nak marah saja, doalah kat Allah baru Allah tolong”. Kakak ipar say terus ketawa dan katakan pada anaknya “Tengok tu, budak kecik pun pandai berdoa, lain kali ada maslah, doa kat Allah”.

Ajarilah anak-anak kita supaya merasakan diri mereka begitu hampir kepada Allah SWT. Ajarilah mereka bahawa Allah sentiasa mendengar doa-doa mereka. Berdoalah untuk perkara-perkara kecil hinggalah perkara-perkara yang besar. Senang itu dimulakan tetapi agak sukar untuk istiqomah namun tidak ada yang mustahil
Anas bin malik R.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba maka dikenakan kepadanya Bala”, Maka bila ia berdoa berkata Malaikat: suara yang sudah terkenal!!!. Dan berkata Jibril: Ya Allah , Hamba mu si Fulan itu, Sampaikanlah Hajatnya. Jawab Allah: Biarkan hambaku , Aku suka mendengar Rintihan Suaranya. Maka apabila hamba berkata……Ya Rabbi.. Jawab Allah : Labbaika Hambaku ( selamat datang hambaku) tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti aku berikan. Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak daripadamu bala yang lebih besar dari itu.